Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 7 April 2013

#PRU13:Mahathir mahu pengundi Selangor utamakan Barisan Nasional

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pengundi di Selangor perlu mengutamakan Barisan Nasional (BN) dan bukan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memastikan
negeri itu tidak terus ditabdir oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata Selangor, selaku negeri terkaya di Malaysia, perlu diambil semula oleh BN supaya rakyat negeri itu dapat menikmati kekayaan dan bukan sekadar manifesto pakatan pembangkang memberi air percuma pada pilihan raya umum lepas.

Beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menunaikan segala janji yang dibuat sekiranya BN berjaya merampas semula pemerintahan kerajaan negeri Selangor pada PRU13 ini.

"Kita semua keluar mengundi BN, kita tak kira siapa jadi calon kita undi dacing, jangan tengok muka orang...tengok dacing dan pangkah dacing," katanya semasa berucap pada program 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini.

Dr Mahathir, merangkap penaung badan bukan kerajaan (NGO) itu, berkata pengundi harus ingat bukan calon yang hendak mendirikan kerajaan tetapi parti yang mendirikan kerajaan.

Beliau turut berkata tidak ada ayat al-Quran yang mengatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh menentukan pahala orang Umno yang bersembahyang.

Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar Kelantan itu mendakwa sembahyang semua orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

"Ini bukan Tok Guru dah, ini adalah orang yang utamakan kepentingan diri, yang tamak, yang suka memecah-belah dan melemahkan orang Islam.

"Orang ini bukan mengikut ajaran Islam sebaliknya kita tahu Islam menyuruh kita bersaudara ... orang Islam adalah bersaudara tapi Nik Aziz kata orang Islam bukan Islam," katanya.

Beliau berkata perpecahan dalam kalangan orang Islam di negara ini bukan kerana perbezaan fahaman agama tetapi keinginan pemimpin Pas merebut kuasa di dunia ini.

Menyentuh mengenai perlunya perubahan dalam negara yang dilaungkan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dr Mahathir berkata pemimpin veteran itu yang patut berubah dengan bersara daripada parti itu sebagaimana beliau bersara daripada Umno.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa BN menggunakan beliau untuk meraih undi pada PRU13 ini, Dr Mahathir berkata, beliau bertemu dengan rakyat Selangor bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

No comments:

Post a Comment