Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 23 April 2013

Sah! Mat Taib Masuk PAS!!


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akhirnya secara rasmi menyertai PAS pada Isnin.

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS. (HarakahDaily)

Kata beliau lagi... “Sudah lama saya berhasrat untuk sertai PAS, sejak tahun lalu lagi,” kata Muhammad. Dalam pada itu, Muhammad juga berjanji akan berkempen untuk PAS dan menyebarkan ajaran Islam sebenar yang tidak seimbang antara pembangunan dan imej agama tersebut.

Beliau berkata dia mahu menyertai PAS selepas menyedari pembangunan di Selangor kosong tanpa pembangunan jiwa dan rohani.

Inilah dikatakan Jiwa kecewa dalam politik...memalukan sekali dengan sikapnya.

No comments:

Post a Comment