Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 16 April 2013

Sejarah!!DAP Bunuh Bangsa Melayu


DAP kini menunggu tindakan PDRM dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengeluarkan kenyataan hasutan dalam blognya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau kini lebih percaya Dr Mahathir merupakan dalang yang mereka-reka penipuan menerusi artikel ‘Gelang Patah’ dalam blog chedet.cc.
Malah katanya, Dr Mahathir sebelum ini pernah menggunakan taktik sama ketika zaman pemerintahannya dengan mewujudkan politic of fear dan ugutan pada Pilihan Raya Umum tahun 1990.


“Ketika itu dia mengatakan Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengkhianat agama dalam media apabila pemimpin terbabit memakai penutup kepala masyarakat Kadazan kononnya terdapat simbol salib ketika berkunjung ke Sabah.

“Kemudian, terdapat iklan pada media arus perdana yang mewujudkan ketakutan dan panik dalam kalangan pengundi dalam sebuah akhbar Melayu dengan tajuk ‘Sokong Membawa Rebah’ diselitkan beberapa gambar ganas.


“Terkini, Dr Mahathir dalam blognya guna taktik sama apabila menuduh saya mahu masyarakat Cina di Gelang Patah dan Johor menolak kerjasama dan perkongsian bersama Melayu; menggesa masyarakat Cina Johor tidak menyukai dan membenci Melayu bagi mewujudkan konflik antagonis antara kaum dan mewujudkan suasana tidak baik antara Cina-Melayu,” katanya, semalam.

Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment