Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang ‘cabaran debat’ yang membuang masa, maka, ia dijadikan modal politik yang digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian. Setiap kali terkantoi, maka akan adalah cabaran debat yang dibuat oleh pembangkang terhadap Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.
Terbaru Anwar mencabar lagi, kali ini melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.
Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Dato’ Seri Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu, seperti sewajarnya dan seperti yang dijangka.
Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah. Namun, itu bukan soal utama untuk Dato’ Seri Najib mengabaikan cabaran tersebut.
Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai oleh segenap rakyat Malaysia melalui media. Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.
Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Dato’ Seri Najib kerana tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai masa ‘lebih’ untuk dibuang begitu saja.
Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Dato’ Najib, kita merasa pelik kerana beliau tidak berani menyahut cabaran orang yang lebih ‘kecil’, iaitu Dr. Mazlan yang merupakan ‘lawannya’ di Permatang Pauh dalam PRU-13 ini. Kita boleh merujuk perkembangan perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA.
Selanjutnya Klik Disini
No comments:
Post a Comment