Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 14 April 2013

#PRU13:Jangan Terpengaruh Dengan Perkataan "Ubah" - PM




Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat bijak membuat keputusan dengan mengekalkan kerajaan sedia ada dan bukannya terpengaruh dengan perkataan "ubah" yang akhirnya keputusan itu boleh mengecewakan.

Perdana Menteri berkata, hakikatnya kerajaan yang ada sekarang berjaya membuktikan bahawa setiap program berkaitan dengan dasar transformasi negara menjurus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat.

Malah beliau berkata, kewujudan kompleks Terminal Bersatu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat khususnya dalam soal menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik kepada warga kota.


No comments:

Post a Comment