Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 19 April 2013

Mengapa Singapura Menyokong DAP Secara Terbuka??Lagi Senarai Syarikat Didedahkan!!

Singapura menyokong DAP secara terbuka Persoalan yang timbul, kenapa PAP SIngapura menyokong DAP dengan begitu terang-trangan lagi sehingga beberapa syarikat Singapura sanggup memberikan bukan sahaja cuti, tetapi juga tiket kepada pekerja mereka untuk pulang mengundi pada5 Mei nanti.

Apa motif Singapura? Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, dan kawasan itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Iskandar yang mana bakal menyaingi Singapura selepas ianya disiapkan. Jelas di sini melihatkan betapa Singapura enggan tewas kepada Malaysia dan secara terang-terangan membantu Pakatan Rakyat, khususnya DAP untuk menang di Gelang Patah.


Hubungan rapat antara DAP & PAP Singapura memang bukan suatu rahsia lagi. Pemimpin DAP kerap berulang alik ke Singapura sejak beberapa tahun sebelum ini, malah beberapa mesyuarat rahsia juga turut diadakan di negara berkenaan. PAP secara terang-terangan beri bantuan kepada DAP dalam usaha memenangi PRU13.

Ini menjadikan PA pengkhianat kepada masyarakat Melayu dan agama Islam kerana bersekongkol dengan mereka yang mahu menjahanamkan Malaysia yang mempunyai 60 peratus masyarakat beragama Islam. Jika tidak, mengapa DAP begitu beria-ia mahu DAP menang dalam pilihan raya? kerana mereka akan dapat mengawal ekonomi Malaysia serta memecahkan kuasa yang dimiliki Melayu sebagai majoriti penduduk di negara ini.


Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment