Demikian kenyataan calon BN DUN Gunung Semanggol, Zulkarnain Ismail membidas tindakan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan melarang pengundi memilih Umno dan BN kerana mendakwa tindakan itu membawa mereka selangkah ke neraka.
"Sebagai calon bertaraf ustaz,beliau tidak seharusnya mudah menghukum orang lain dalam setiap ceramah politik yang dianjurkannya.
"Tindakan mengeluarkan fatwa 'mengundi Umno dan BN, selangkah ke neraka' boleh merosakkan akidah umat islam termasuk para penyokong dan pengikutnya sendiri."
Zulkarnain berkata, tiada siapa yang boleh menentukan seseorang manusia masuk ke neraka atau syurga melainkan Allah dan beliau berharap Mohd Zawawi segera bertaubat dengan tindakannya itu.
Menurutnya, selama ini tiada sebarang kemajuan yang ditunjukkan bekas wakil rakyat mereka setelah memenangi kawasan ini, sebaliknya BN terpaksa mengambil alih tugas mereka untuk merencana agenda kebajikan dan pembangunan rakyat Dun Gunung Semanggol.
"Adakah berdosa Umno dan BN hanya disebabkan mereka melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan pembangunan rakyat, sebaliknya Pas itu mulia disebabkan mereka mendakwa parti mereka sahajalah yang memperjuangkan syariat dan syiar Islam?
"Adakah PAS tidak berdosa setelah kedua-dua wakil rakyatnya gagal menjaga kebajikan dan melaksanakan agenda pembangunan sebagainya sepatutnya dilakukan pemimpin?
"Namun bagaimana pula janji-janji yang mereka taburkan kepada rakyat, tetapi tidak ditunaikan?
Saya minta rakyat Dun Gunung Semanggol berfikir dengan lebih relevan demi masa depan mereka,"katanya.
Zulkarnain percaya apabila semakin hampir hari mengundi, pembangkang akan mencari pelbagai helah dalam meraih simpati rakyat.
No comments:
Post a Comment