Terkejut teman weh! Apabila teman terjumpa satu salinan surat terbuka kepada Perdana Menteri berkaitan aduan salah laku Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani. Surat yang bertarikh 22-5-2005 telah diterima rasmi melalui cop terima oleh Pejabat Perdana Menteri daan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Perdana Menteri pada 23 Februari 2005 dan 24 Februari 2005. Terdapat sedikit kekeliruan pada tarikh surat dan tarikh terima surat tersebut. Mungkin penulis dalam keadaan tertekan semasa menulis surat tersebut hingga tersalah menulis tarikh.Tapi apa yang penting adalah isi kandungan surat tersebut.
Surat dari seorang wanita yang mendakwa telah ditiduri oleh seorang Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani untuk tujuan mendapatkan pekerjaan.
Teman tidak mahu menuduh atau memfitnah sesiapa, namun penjelasan daripada Bekas Timbalan Menteri ini perlu untuk mengelakkan fitnah berlarutan. Perdana Menteri pada masa dan tarikh surat ini adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan mungkin umum tahu bekas Timbalan Menteri yang dimaksudkan jika mengikut tarikh surat tersebut.
Teman berpandangan mungkin tohmahan atau fitnah semata-mata namun penjelasan tuan punya badan juga perlu dan mungkin Pejabat Perdana Menteri sendiri boleh mengesahkan surat tersebut. Mungkin macai-macai akan beranggapan surat ini didedahkan untuk tujuan memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti bekas Timbalan Menteri ini memandangkan beliau telah dipecat daripada UMNO kerana menjadi calon bebas. Namun rakyat perlu penjelasan daripada beliau sendiri. Dan mungkin wanita tersebut perlu tampil memberi penjelasan dan pengesahan akan isi kandungan surat tersebut.
Selanjutnya Klik Disini
No comments:
Post a Comment