Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 24 April 2013

Bahan Letupan Ditemui!!!


Insiden letupan ketika ceramah Barisan Nasional (BN) di Taman Jawi Jaya, lewat malam Selasa berpunca daripada bom buatan sendiri atau jerangkap rekaan elektrik (IED).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, bahan letupan itu dipercayai direka oleh sebuah kumpulan profesional.

Bahan letupan kedua turut ditemui dekat kawasan tersebut kira-kira pukul 2 pagi dan dimusnahkan oleh skuad pemusnah bom pada pukul 3 pagi.

Bahan letupan itu turut mengandungi penentu masa dan wayar, kata Abdul Rahim pada sidang media, Rabu.

Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan selepas terkena percikan letupan yang pada awalnya dipercayai letupan mercun ketika ceramah di Taman Jawi Jaya di sini.

Lelaki tersebut yang dikenalpasti sebagai pekerja parti berusia sekitar 30-an berjalan melalui tempat pembuangan sampah apabila letupan tersebut berlaku kira-kira 10.15 malam.

Pada waktu itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang berucap pada satu ceramah yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

No comments:

Post a Comment