Walaupun sudah jelas barisan kepimpinan DAP menolak dasar perjuangan Islam Pas, namun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'bertepuk sebelah tangan' apabila masih menganggap parti itu boleh menerima Islam yang diperjuangkan parti itu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan DAP mahu mengunakan lambang Pas pada pilihan raya membuktikan parti tersebut sudah boleh menerima dasar Islam dan sudah tidak takut lagi pada agama suci itu.
"Ini tandanya bahawa Cina sudah tidak takut lagi pada Islam, yang takut pada Islam ini adalah Melayu UMNO, Melayu UMNO yang sebenarnya takut pada Islam, Cina sudah tidak takut lagi.
"Suatu masa nanti pasti akan ada di antara cawangan Pas diketuai oleh orang Cina. Cina sekarang ini belajar tinggi, dia (orang Cina) kenal Islam. Suatu masa nanti, Cina DAP akan masuk Islam, akan mengetuai Pas. Dalam pejabat agung sedikit masa lagi akan dihadiri oleh orang-orang Cina. Suatu masa nanti, orang Cina Muslim dia wakil-wakil kawasan dan negeri.
"Ini kerana Islam ini untuk semua, bukan untuk orang Arab sahaja, bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam untuk orang Arab, untuk orang Melayu, orang Cina.
"Bagaimana kalau kita hendak suruh orang Cina terima Islam kalau kita asyik balah (bergaduh) dengan dia. Kita royat (beritahu) dia Islam bagaimana, dia hendak dengar ataupun terpulang.
"Kadang-kadang tengah-tengah malam Cina DAP Perak telefon saya tanya ayat al-Quran bagaimana. Melayu UMNO tidak pernah tanya, hendak tanya bagaimana kalau dia (UMNO) tolak Islam, al-Quran," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran pembinaan kilang kelapa sawit dan pembinaan jalan di Kampung Jerimbun di sini hari ini.
Baru-baru ini Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu pengunaan lambang Pas tidak bermakna parti tersebut menerima setiap dasar perjuangan Islam Pas. - UTUSAN ONLINE
Cina DAP dah ada sejak Lim Kit Siang anak teruna, sekarang anaknya Lim Guan Eng pun dah dewasa. Mereka tahu tentang Islam dan hukum hakam bukan baru semalam.
ReplyDelete