Ahli-ahli PKR memang terkenal dengan ‘Sindrom Lompat Parti’. Biasalah tu. Majoriti mereka semua pada asalnya adalah ahli umno yang terpinggir. Untuk mengelak sejarah lama tidak berulang, PKR kononnya lebih berhati-hati dalam soal memilih calon kali ini. Kononnya mencari calon yang boleh pegang amanah dan setia.
Tapi Anwar dan Azmin masih tidak yakin dengan calon-calon mereka sendiri. Mereka masih takut ada diantara calon mereka akan menjadi pengkhianat kepada perjuangan mereka.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan pendedahan ajaran sesat Pas, calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya disyaratkan supaya membuat sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.
Walaupun dinafikan oleh wali mereka Nik Aziz, baiah ini sememangnya wujud walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi ayat, sumpah jatuh talak 3 itu wujud.
Menurut sumber dalaman, dalam perjumpaan tertutup calon dengan Anwar dan Azmin pagi tadi, mereka telah dipaksa untuk ber’baiah’ secara bertulis “Sekiranya calon yang menang dalam PRU13 akan datang melompat parti, mereka akan dipaksa membayar RM5 juta sebagai ganti rugi”. Fuhh.. RM5 juta tue.
Calon-calon yang hadir tadi ada yang merasa terkejut dengan pendirian parti. Ada juga yang kecewa kerana parti tidak mempercayai mereka 100%. Tapi apa boleh buat, nama dah naik, terpaksalah mereka ber’baiah’ walaupun hati tidak rela.
Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin ketika ditemui oleh pemberita semalam yang berkata mana-mana calon jika mereka melompat sama ada rela atau paksa dia kena bayar RM5 juta sebagai bon.
Selanjutnya Klik Disini
No comments:
Post a Comment