Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 21 April 2013

#PRU13:Anwar Tipu Kaum India Punca PKR Cabang Lumut Dibubarkan Serta-Merta



Kurang 24 jam tempoh pencalonan Parlimen Lumut tamat, kira-kira 1,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang itu mengisytiharkan keluar parti selepas cabang itu dibubarkan berkuat-kuasa serta merta.

Diketuai bekas Ketua PKR Cabang Lumut, P Shamugum, 13 lagi ketua ranting mengikuti jejak langkahnya kerana mereka begitu kecewa dengan keputusan kepimpinan tertinggi PKR.

Antara punca kekecewaan itu ialah tindakan Penasihat Umum parti, Datuk Seri Anwar memberi laluan kepada ahli PAS, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid bertanding kerusi Parlimen Lumut atas tiket PKR.

Selain itu, Shamugum mendakwa calon Pangkor, Mohd Saifullah Zulkifli juga bukan orang tempatan sebaliknya sekadar menjadi calon bidan terjun, sekaligus menutup peluang calon tempatan bertanding.

“Anwar menipu kaum India di Lumut kerana beri peluang kepada orang luar bertanding di kerusi parlimen dan DUN Pangkor seolah-olah parti tidak mempunyai pemimpin yang berkelayakan.

“Lebih menyedihkan apabila Ketua Pembangkang itu tidak menghiraukan suara akar umbi yang mahukan calon tempatan diangkat bertanding pada PRU-13,” katanya kepada pemberita di pejabat PKR Cabang Lumut, dekat Sitiawan.

Mengulas lanjut, Shamugum berkata, disebabkan pembubaran itu, maka semua bilik gerakan jentera pilihan raya PKR dan 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) turut ditutup serta-merta.

Beliau katanya, akan bergerak dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi dan pada masa sama akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Parlimen Lumut, DUN Sitiawan, DUN Pangkor dan DUN Pasir Panjang.

Jelas bekas ahli perniagaan itu lagi, walaupun sudah beberapa kali menghubungi Ketua Pembangkang untuk menyuarakan harapan penyokong akar umbi, pemimpin itu sentiasa berdolak-dalik dan enggan mengangkat telefon apabila dihubungi.

“Sudah lebih tiga saya berkhidmat dengan masyarakat di Parlimen Lumut tetapi segalanya sia-sia apabila calon luar pula yang dipilih untuk bertanding PRU-13.

“Tidak ada dalam sejarah ahli parti lain dipilih bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya di kerusi parlimen ini,” katanya yang menyertai PKR sejak lapan tahun yang lalu.

Menurutnya lagi, Anwar juga mungkir janji kerana sebelum ini PKR Perak dijanjikan kouta empat kerusi DUN sebaliknya hanya tiga kerusi yang diberikan iaitu Hutan Melintang, Tualang Sekah dan Hulu Kinta.

Sementara itu, bekas ahli PKR, A Kaligas memberitahu tiada peruntukan diterima daripada PKR negeri dan Pusat untuk menghadapi pilihan raya kali ini termasuklah kerja memasang bendera parti di sekitar Parlimen Lumut.

Di majlis itu juga, Shamugum menurunkan bendera PKR dan papan tanda penubuhan cabang Lumut yang ditandatangani Anwar sendiri pada 23 April 2011.

No comments:

Post a Comment