Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday, 22 April 2013

Ummi Hafilda Ali Bersumpah Atas Segala Tuduhannya Kepada Anwar?


Ummi Hafilda Ali membuat sumpah laknat sekali lagi bagi membuktikan segala dakwaan sikap curang kakak iparnya, Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim adalah benar.

Kali ini, ia dirakam dengan begitu jelas sekali di mana Ummi memegang al-qur’an selama 8 minit semasa melafaskan sumpah laknat.

Melihat klip berkenaan, penulis yakin tidak mungkin Ummi Hafilda sangup menipu begitu sekali.

Ketika dihubungi Mynewshub, Ummi memberitahu, dia membuat sumpah laknat itu 3 minggu lalu kerana dia mahukan rakyat memahami siapa itu Anwar Ibrahim.

Satu perkara yang penulis perasan, dalam belasan tahun Ummi bercakap mengenai perilaku Anwar dan Shamsidar, tidak pernah sekali pun ceritanya berubah-ubah atau berlainan versi.
Mengapa…???

Kerana penulis yakin Ummi Hafilda bercakap benar…kerana kalau bercerita benda yang benar, tidak mungkin akan ada pelbagai versi…akan ada satu versi sahaja selamanya…yakni versi kejadian yang sebetulnya berlaku.

Kalau apa yang dikatanya itu tidak benar, maka seperti kata Ummi sendiri, biar Anwar, Azmin dan Shamsidar sendiri tampil memperbetulkan segala dakwaan itu. Jangan berdiam diri.

No comments:

Post a Comment