Biasanya kalau ceramah Pakatan Pembangkang sudah pasti akan dihadiri oleh ramai pengunjung untuk mendengar celoteh pembohongan pemimpin mereka menghentam Barisan Nasional, namun pada pilihanraya kali ini ianya hambar.
Mungkin sudah ramai yang mulai sedar dengan segala kepincangan dalam Pakatan Pembangkang yang selama ini hanya pandai menabur janji janji palsu untuk mengaburi mata para pengundi.
Mereka hanya menjadikan alasan demi alasan untuk menjadi benteng pertahana mereka selama ini dan perkara ini boleh dilihat daripada apa yang terjadi di beberapa buah negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semenjak PRU12.
Mereka berjanji itu dan ini, memberikan menifesto yang menjadi penawar kepada hati rakyat, tetapi semuanya tidak terlaksana hingga kini.
Ini membuatkan para pengikut mereka berasa amat malu kerana telah bersungguh sungguh berkempen dalam PRU12 yang lalu dan apabila ianya tidak terlaksana, mereka ini ditempelak oleh rakyat serta para pengundi.
Satu kesilapan yang dilakukan oleh rakyat semasa PRU12 ialah dengan memberi kepercayaan penuh kepada pakatan pembaangkang dan kepercayaan itu telah dikhianati oleh pakatan pembangkang dengan menidakkan hak mereka yang menuntut janji.
Negeri negeri dibawah pakatan pembangkang kini amat menyedihkan dimana semasa kepimpinan diterajui oleh Barisan Nasional ianya boleh dikataakan mewah dan penuh dengan pembangunan namun janji penambahbaikan oleh pakatan pembangkang telah mengaburi mata rakyat dan sekaraang kita dapat melihat beberapa negeri mengalami kemerosotan ekonomi walaupun pihak pembangkang cuba untuk menutup segala permasaalahan tersebut dengan menunjukkan prestasi mereka yang sebenarnya adalah palsu.
Selanjutnya Klik Disini
No comments:
Post a Comment