Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 20 April 2013

Terkini!!Timbalan Speaker Pulau Pinang Umum Keluar PKR


Bekas timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Machang Bubuk itu berkata beliau berbuat demikian kerana mendapati PKR adalah sebuah parti yang tidak adil terutama dalam pemilihan calon untuk PRU13.

"PKR buat cara yang tidak adil kepada saya terutama dalam pemilihan calon, hanya tadi kira-kira pukul 11 pagi (semalam) saya dihubungi Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor (Othman) yang memaklumkan saya tidak terpilih.

"Beliau langsung tidak memberi sebarang alasan mengapa saya tidak dipilih dan sebelum ini juga tiada perbincangan mengenai perkara itu. Cuma saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di sini, dia tidak pernah turun di sini pun," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.

Beliau berkata PKR yang kononnya sebuah parti memperjuangkan keadilan sebenarnya hanya mengamalkan kronisme.

"PKR hanya meletakkan kroni untuk calon mereka dan perkara ini bukan hanya berlaku di tempat saya sebaliknya di Perak, Selangor dan Kedah. Rakyat perlu buka mata tengok apa yang berlaku dalam parti itu," katanya.

Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment