Tahap perkhidmatan yang diberikan oleh penyandang kerusi parliamen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin harus dijadikan kayu ukur pengundi di DUN Changkat Jering, kata pengerusi Barisan Nasional Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin.
Datuk Rosli, penyandang DUN Terong yang akan menentang bekas Mentri Besar Perak itu untuk merebut kerusi DUN Changkat Jering berkata:
"Pengundi telah tertipu sebelum ini kerana sebagai MP (ahli parlimen Bukit Gantang), rakyat tak dapat faedah .
"Pengundi hari ini sudah beralih,” katanya kepada PerakNews baru-baru ini.
Ketika ditanya samada prestasi penyandang DUN Changkat Jering, Kpt (B) Osman Jailu dari PKR yang kemudiannya menjadi wakil rakyat bebas menyebabkan ‘’peralihan” itu, Datuk Rosli berkata:
"Sebagai pengerusi BN Bukit Gantang, semua DUN Changkat Jering, Dun Terong dan DUN Kuala Sepetang saya tak lepas pandang,” katanya.
Faktor anak tempatan juga member kelebihan kepada calon, kata Datuk Rosli yang mendiami rumah sendiri di Banggol Pasir, salah sebuah kampong di DUN Changkat Jering.
"Orang lebih mengenali saya secara dekat, bukan melihat wajah yang hanya menghiasi di kenderaan saja seperti pihak lawan,” katanya dengan menambah, isteri beliau Datin Azizah Salleh, anak seorang Ketua Kampung, juga berasal dari Changkat Jering.
"Saya juga berasal dari Bukit Gantang,” tambah beliau yang pernah menjadi guru sebelum menceburi bidang politik.
Datuk Rosli pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Terong selama dua penggal sebelum BN menamakan beliau untuk menentang Datuk Seri Nizar di DUN Changkat Jering sementara tempatnya digantikan oleh Pengarah Mardi Perak Dr Zabri Abdul Wahid yang akan menentang Norazli Musa dari PAS.
Idris yang lebih dikenali sebagai Ustaz Idris pernah bertanding dibeberapa DUN dan kerusi parlimen di sini dan terakhir dalam piliharaya lalu menentang Datuk Mukriz Mahathir di kerusi parlimen Jerlun, Kedah dimana beliau tewas kepada calon-calon BN.
Pemerhati politik tempatan menganggap pertembungan Idris dan lawannya Datuk Ismail Safian sebagai pertembungan dalam keluarga kerana kedua-duanya mempunyai tali persaudaraan.
Di DUN Terong, pemerhati politik tempatan meramalkan Dr Zabri akan menewaskan Azli Musa dari PAS kerana tahap perkhidmatan Datuk Rosli yang memuaskan ketika beliau menjadi wakil rakyat selama dua penggal di situ.
Setakat 31 Disember 2012, Parlimen Bukit Gantang mempunyai 71,401 pengundi yang terdiri daripada 46,277 (Melayu), 17,985 (Cina), 6,979 (India) dan 160 lain-lain.
Di DUN Changkat Jering jumlah pengundi adalah seramai 20,731 (Melayu), 8,535 (Cina), 3,787 (India) dan 97 lain-lain.
DUN Terong mempunyai 9,690 (Melayu), 2,160 (Cina), 1,202 (India) dan 25 lain-lain manakala DUN Kuala Sepetang mempunyai seramai 15,856 (Melayu), 7,290 (Cina), 1,990 (India) dan 38 lain-lain.
DUN Kuala Sepetang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara seorang anak tempatan Loh Swee Eng yang mewakili BN, Chua Yee Ling, (PKR) dan Zainal Abidin dari Berjasa.
No comments:
Post a Comment