Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 23 April 2013

Panas!!PKR Dan PAS Hampir Bertumbuk!!


Walaupun keputusan telah dibuat namun ternyata Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail tetap tidak berpuas hati. Dia tetap menganggap, PAS tidak boleh dipercayai, tamak haloba dan terlalu mementingkan diri!

Menurutnya, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali telah bersetuju untuk melepaskan enam kerusi DUN iaitu Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Telemung, Bandar dan Bukit Besi selain kerusi Parlimen Kemaman untuk ditandingi oleh PKR.

Bagaimanapun, semasa hari pencalonan, PAS telah mungkir janji dan meletakkan calon-calon parti tersebut dalam pertandingan tiga penjuru.

Menurut Azan, dia telah merakamkan perbualannya dengan Mustafa Ali untuk membuktikan yang perjanjian serta persetujuan telah dibuat.

PAS telah mencalonkan Bendahari PAS Dungun dan bekas ADUN Bukit Besi, Roslan Ismail untuk bertanding di Bukit BEsi. Manakala PKR pula mencalonkan Ketua AMK Dungun, Mohd Shamsul Mohd Amin.

Tindakan dan gelagat PAS Terengganu turut membuatkan calon PKR untuk Seberang Takir, Ahmad Nazri Mohd Yusuf berang dan menuduh, KETAMAKAN PAS menjadi punca kepada pertembungan tiga penjuru di Terengganu (PKR-PAS-BN). Ahmad Nazri menyatakan, tiada sebarang istilah yang sesuai untuk dikatakan tentang perbuatan PAS memandangkan PAS Terengganu telah pun mempunyai 26 kerusi untuk ditandingi sedangkan PKR pula hanya enam.

Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment