Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 28 April 2013

Gempar!!! Datin Azizah Meninggal Dunia?


Penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Mohamad, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 11.26 malam, Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hasaan dan ahli keluarga lain.

Anak kepada Allahyarham, pelakon dan pengarah, Khir Rahman yang dihubungi mStar Online berkata, semua ahli keluarga redha dengan kehilangan itu kerana pihak hospital telah memaklumkan keadaan ibunya yang tidak dapat diselamatkan lagi.

Jelas Khir, tiga hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, ibunya sudah tidak sedarkan diri.

"Selepas doktor memberitahu kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan semua ahli keluarga sentiasa bersamanya.

"Ibu seorang yang kuat dalam melawan penyakitnya sehingga ke saat yang terakhir dan Allahyarham pergi dengan tenang. Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya," kata Khir.

Selanjutnya klik Disini

No comments:

Post a Comment