Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 24 April 2013

Bukti Pembangkang Berpura-Pura - Dr Mazlan


Pertindihan kerusi yang ditandingi PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh membuktikan kerjasama pakatan pembangkang hanya bersifat kepura-puraan.

Calon Barisan Nasional (BN), bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkata, perebutan kedua-dua sekutu pembangkang itu hanya akan merugikan rakyat dan pengundi di kawasan berkenaan.

Jelasnya, pengundi menjadi mangsa kerana menghadapi masalah untuk membuat pilihan terbaik antara calon-calon yang diketengahkan pembangkang.

"Situasi ini memberi masalah kepada pengundi. Namun apa yang paling penting untuk kita nilaikan ialah ia membuktikan persahabatan mereka penuh dengan kepura-puraan.

"Di hadapan orang mereka nyatakan kononnya mereka bersama, tapi di peringkat dalamannya berbeza," katanya ketika ditemui selepas bertemu penduduk di Pasar Awam Seberang Jaya di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai tindakan PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon di DUN Sungai Acheh walaupun menerima tentangan PAS.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah daripada PAS.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan DUN berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.

Mengulas lanjut Mazlan yang juga bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, PKR bersikap tidak adil kepada PAS apabila cuba membolot kerusi tradisi milik parti itu.

"Dulu PAS bertanding tidak kurang daripada 8 kerusi termasuk di DUN Sungai Acheh dan Sungai Bakap.

"Tapi sekarang walaupun Nibong Tebal menjadi kawasan kuat PAS, namun tiada satu pun kerusi yang ditandingi PAS di peringkat DUN...PAS banyak berkorban, namun begini jadinya," katanya.

DUN Sungai Acheh adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.

No comments:

Post a Comment