Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 24 April 2013

#PRU13:Aishah Ditolak Pengundi di Felda Bukit Rokan


Calon Pas di Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin malam tadi mengakui bahawa beliau dan jentera parti itu ditolak oleh penduduk di Felda Bukit Rokan dekat sini.

Katanya, kejadian itu berlaku pagi semalam ketika jentera pilihan raya Pas cuba memperkenalkan dirinya sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen itu dalam kempen dari rumah ke rumah di situ.

"Pagi tadi di Felda Bukit Rokan di mana kami pergi ziarah ke sana untuk memperkenalkan saya sebagai calon Pas Parlimen Jempol, kami telah ditolak oleh penduduk di situ.

"Mereka ada hak untuk berbuat demikian,'' kata Aishah dalam ceramahnya berhampiran bilik gerakan DAP dekat Mahsan di sini malam tadi.

No comments:

Post a Comment