Pemuda Tambun membuktikan bahawa mereka adalah benteng Putrajaya apabila berjaya menjalankan konvoi bermotor dengan dihadiri peserta seramai 100 penunggang motorsikal mengelilingi kawasan dalam DUN Ulu Kinta sempena pilihanraya
Sebelum konvoi Ketua Pemuda Bahagian Mazlan Abd Rahman sempat berpesan supaya peserta konvoi tidak membuat bising dengan membunyikan hon dan mengganggu lalulintas di sepanjang konvoi sehingga boleh membuatkan masyarakat sekeliling terganggu.
Beliau juga berpesan supaya peserta peserta menjaga keselamatan diri dan mengikut peraturan. Peserta juga hanya boleh membawa motor dalam kelajuan 40km/jam.
Konvoi bermula di rumah ketua pemuda dan melalui Bandar Baru Putra, Tg Rambutan dan kembali ke Pekan Tambun.
Ketua Pemuda juga sempat membaca doa agar keselamatan peserta konvoi dilindungi Allah.
Kemeriahan sambutan dari anak anak muda peserta konvoi amat menggalakkan apabila mereka dengan bersemangat mengibarkan bendera Barisan Nasional disamping menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita".
Saudara Mazlan dilihat begitu komited dalam usaha untuk mempertahankan Dun Ulu Kinta supaya terus berada dalam genggaman Barisan Nasional dalam Pru kali ini.
Syabas Pemuda Tambun.... Benteng Putrajaya...
No comments:
Post a Comment