GAMBAR HIASAN |
EBB tengok kebelakangan ini,Parti Kian rapuh ni banyak la sangat wayangnya kejap itu kejap ini.Hey kome ingat rakyat suka sangat ke.apa .EBB yang geram tu bro,tiap kali nak pru mesti duk main balik isu2 lapuk .Apa ke halnya bro.Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari sumber akhbar tempatan
Ayam sabung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin patah tajinya di gelanggang ceramah malam ini apabila membangkit isu lapuk yang sudah pun dijawab dengan terang dan jelas oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Isu pembinaan hospital dan lapangan terbang di Rembau terus menjadi modal beliau yang dikenali sebagai Chegubard untuk menarik perhatian kira-kira 200 orang pada ceramah yang dibuat di depan rumah seorang penduduk di Taman Melor, Senawang dekat sini.
Beliau berterusan memperdayakan penyokong tegar pembangkang dengan mendakwa tidak ada pembinaan hospital dan lapangan terbang di Rembau seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Mana hospitalnya? Tak ada. Dia (Mohamad) lancarkan lapangan terbang di Kota. Benda ini dijanjikan tiap-tiap tahun.
"Sampai bila kita akan dijanjikan dengan politik penipuan," katanya.
Hakikatnya, Mohamad tidak pernah mengumumkan untuk membina lapangan terbang di Rembau apatah lagi untuk melancarkannya.
Beliau hanya bersetuju dengan cadangan Negeri Sembilan Sports Aviation Club (NSSAC) yang berhasrat membina kemudahan bagi membolehkan aktiviti pesawat kawalan jauh.
Tuduhan pembangkang itu telah pun dijawab oleh Mohamad dalam banyak siri program yang dihadirinya dan rakyat negeri ini dapat menerima penjelasan itu dengan baik.
Namun disebabkan ketandusan isu, parti pembangkang masih mahu menghidupkan penipuan itu sebagai bahan dalam siri ceramah mereka.
Sementara itu, pada 7 Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, tender bagi pembinaan Hospital Rembau bernilai RM120 juta telah dikeluarkan awal bulan berkenaan selepas kerja-kerja tanah di lokasi pembinaan selesai baru-baru ini.
Hospital yang akan dibina di Mukim Chembong dengan kapasiti sebanyak 76 katil serta kemudahan rawatan itu bakal menampung keperluan 60,000 penduduk di sekitar kawasan terbabit.
Anehnya, penjelasan daripada Mohamad dan Tiong Lai tidak dibangkitkan oleh Chegubard dalam ceramah berkenaan sekali gus membuktikan bahawa beliau hanya mahu memperdayakan pemikiran orang ramai yang hadir di sebalik keterangan yang jelas mengenainya.
No comments:
Post a Comment