Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday, 13 April 2013

#PRU13:Strategi Akhir PAS Kelantan!!!

UMNO Kelantan percaya pemimpin-pemimpin Pas akan mengunakan 'wang sumbangan' untuk mendapatkan undi sebagai strategi terakhir mereka untuk mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, gelombang perubahan telah melanda negeri ini justeru Pas akan melakukan apa sahaja termasuk memberikan sumbangan kepada pengundi dengan alasan ia adalah sumbangan ikhlas daripada pemimpin.

Katanya, perkara sama juga telah dilakukan dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini termasuk pada pilihan raya lalu dimana mereka telah menggunakan unsur berkenaan dalam meraih undi.

Ujarnya, pemimpin-pemimpin Pas asyik memberi tohmahan dengan menuduh UMNO sebagai sebuah parti perasuah namun semua sedia maklum termasuk rakyat di negeri ini siapa sebenarnya perasuah.

"Kita tahu senjata mereka dan kita faham pada pilihan raya kali ini mereka tetap akan mengunakan unsur yang sama seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Dalam pilihan raya lepas siapakah yang telah memberikan duit kepada pengundi-pengundi di pos-pos panas kalau bukan pemimpin-pemimpin Pas dan jentera parti mereka, dan kita tidak boleh tipu rakyat sebab rakyat yang menerimanya.

"Sebahagian besar rakyat telah mendapat duit dari pemimpin-pemimpin Pas dalam pilihan raya lalu dan perkara sama kita nampak akan dilakukan Pas dalam pilihan raya ini demi mempertahankan kerajaaan (Pas)," katanya kepada pemberita selepas Karnival Gerakan Tukar Parlimen Pengkalan Chepa di Beris Jambu di sini malam tadi.

Dalam suasana hujan renyai-renyai, lebih 3,000 orang dengan berpakaian serba merah simbolik kepada 'Gelombang Merah Tukar Kerajaan Pas Kelantan' yang melanda negeri ini menghadiri karnival berkenaan.

Dali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, sehubungan itu mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak merendahkan nilai diri mereka dengan memilih Pas hanya kerana 'sumbagan' kecil itu kerana akhirnya mereka sendiri akan mendapat kerajaan yang lemah sehingga tempoh lima tahun lagi.

"Kita akan mengerakkan jentera kita untuk memberi fahaman kepada rakyat dan memberi penjelasan kepada mereka, jangan letakkan nilai tidak seberapa ini sehingga sanggup menukar pendirian kita selama ini yang berkobar-kobar untuk mengubah kerajaan Kelantan.

"Kita akan ingatkan juga kepada rakyat, jangan disebabkan sumbangan itu, mereka terpaksa mengekalkan kerajaan yang lemah ini dan kesannya dalam masa empat lima tahun lagi kita masih dalam keadaan marah dengan Kerajaan Pas Kelantan.

"Pada masa itu kalau menyesal pun sudah tidak berguna. Ingat masa dan ketika kita mampu ubah kerajaan sekarang ini, jangan tidak dilakukan hanya kerana telah mendapat sumbangan daripada pemimpin-pemimpin Pas," katanya.

No comments:

Post a Comment