Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 12 April 2013

#PRU13:Pas Terus Cuba Mempertahankan Khairul Fahmi


Walaupun jutaan rakyat di negara ini kesal dengan tindakan Penolong Setiausaha 1, Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som berkaitan kenyataan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW melalui akaun Twitternya, namun Pas dengan egonya terus berusaha mempertahankannya.

Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi semasa menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Pejabat Pas Berek 12 di sini malam tadi cuba memusing cerita apabila berkata, kenyataan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW sebaliknya kepada UMNO.


"Baru-baru ini hangat pasal Khairul Fahmi di dalam intenet isu dia (Khairul) tulis perkataan kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan.

"Kalau kita faham ayat tadi, Khairul Fahmi hendak hina UMNO atau Nabi Muhammad SAW. Khairul Fahmi bukan hina Rasulullah, dia hina UMNO. UMNO ini kata lain dia faham lain," katanya.

Selain, Nor Azariza, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi semasa menyampaikan ceramah pada Program Pentas Anak Muda di Sungai Isap Jaya, Pahang 2 April lalu turut mempertahankan tindakan biadab Khairul Fahmi itu.

Nasarudin berkata, kenyataan Khairul Fahmi itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sering menabur fitnah.

Pada 27 Mac lalu Khairul Fahmi didakwa telah bertindak biadab dengan membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi akaun Twitternya.

Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi itu, pemimpin Dewan Pemuda Pas tersebut menulis: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO".

Sebenarnya, yang Pas tidak faham ialah umat Islam marah kepada Khairul Fahmi kerana mentakwilkan benda buruk dengan Rasulullah.

Ekoran kenyataan itu, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot mengingatkan semua pihak terutama pemimpin politik agar tidak mengheret dan menyentuh keperibadian Rasulullah SAW demi kepentingan peribadi serta politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memperjuangkan agama Islam dan perbuatan itu patut dikecam.

No comments:

Post a Comment