Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 14 April 2013

Nasib Mustafa Ali Terkini !!!

Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan.

Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.

Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini.

''Kita tidak kata individu berkenaan Mustafa tetapi ramai mengaitkan beliau,'' kata satu sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini, ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.
Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan

No comments:

Post a Comment