Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 8 April 2013

#PRU13:PKR Semakin Gelabah Di Pasir Salak



Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercita-cita mahu merampas Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 terus menerima tamparan hebat apabila 27 lagi ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.

Perkembangan itu sekali gus memberi tekanan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di Pasir Salak selepas 428 ahli dan pemimpin PKR meninggalkan parti itu setakat ini, dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Kesemua 27 ahli PKR tersebut berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Tarmizi Abu Bakar, 40, berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah bermain-main difikirannya sejak enam bulan lalu selepas melihat pucuk pimpinan parti itu gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat.

"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' katanya yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu.

Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.

Mohd. Tarmizi berkata, dia dan rakan-rakannya juga berikrar akan bertungkus-lumus membantu jentera BN pada PRU-13.

Sementara itu, Tajudin mengalu-alukan tindakan kumpulan tersebut sambil menyifatkannya sebagai simbol gelombang sokongan rakyat kepada BN.

Katanya, kredibiliti PKR juga semakin tercalar apabila ramai ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu yang hanya bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya.

"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujarnya.


No comments:

Post a Comment