BERIKUT intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.
Manifesto bertajuk Menepati Janji Membawa Harapan itu mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baru dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:
1. Menangani Kos Sara Hidup:
* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
*Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth.
2 . Internet
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan
sektor swasta.
No comments:
Post a Comment