Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 9 April 2013

Kerajaan Kelantan Didakwa Zalim

Lebih 400 penduduk di Kampung Limau Manis dekat sini kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkan sebagai zalim kerana menghalau mereka keluar daripada kampung itu untuk memberi laluan kepada syarikat swasta membangunkan projek kondominium.

Menurut penduduk terbabit, mereka diminta keluar dengan bayaran pampasan yang rendah pada tahun 2006 untuk membangunkan projek perumahan tersebut.

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun tapak tersebut dikosongkan, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan tanah tersebut akan dibangunkan malah dibiarkan kosong begitu sahaja.

Seorang penduduk, Hussin Yen Abdullah, 67, berkata, dia yang tinggal di kawasan tersebut sejak 30 tahun lalu sebelum diminta keluar dengan bayaran pampasan hanya RM800.

“Saya memang marah dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan, ini perbuatan zalim. Saya hanya bekerja sebagai buruh dan menyewa di sini tetapi pada tahun 2006 kami dihalau sebab hendak bina kondominium.

“Disebabkan itu, saya terpaksa balik ke kampung saya di Kutan Hilir, Tumpat untuk mencari rumah yang sesuai dan saya menyewa di sini dengan harga RM150 sebulan,” dakwanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Zainudin Mat Jusoh, 38, berkata, kedua ibu bapanya terpaksa bergolok bergadai untuk membina rumah baharu selepas diarah keluar daripada kawasan tersebut.

Katanya, bayaran pampasan yang diberikan amat tidak setimpal jika dibandingkan dengan saiz rumah yang terpaksa dirobohkan.

“Di sini adalah tapak rumah datuk saya, kemudian diwariskan kepada ayah saya. Rumah ini saiznya agak besar tetapi pampasan yang diberikan hanya RM8,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih pentadbiran negeri ini, tanah itu akan diambil semula dan dibangunkan dengan perumahan rakyat.

“Saya berjanji akan berusaha untuk mengambil semula tanah ini sekiranya BN kembali mentadbir negeri ini dan akan dibangunkan projek perumahan untuk menempatkan semula penduduk terlibat,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment