Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 2 April 2013

Kerajaan PKR Selangor Menzalimi Rakyat - Noh Omar

KUALA SELANGOR 1 April - Kezaliman Kerajaan Negeri Selangor terserlah selepas tergamak mengenakan bayaran premium tinggi kepada rakyat negeri ini yang ingin mendapatkan geran tanah.

Sebagai contoh, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar, rakyat ketika ini perlu membayar sehingga RM38,000 bagi harga premium untuk 0.4 hektar tanah di Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang dekat sini.

Sedangkan, tambah beliau, sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini, bayaran tersebut hanya berjumlah RM356.

"Penduduk di kawasan itu dan kawasan berhampiran seperti di Kampung Sireh yang lambat mendapatkan Borang 5A iaitu selepas PRU ke-12 dikenakan bayaran yang jauh lebih tinggi oleh Kerajaan PKR Selangor, bukankah ini satu bentuk kezaliman kepada rakyat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bersama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin di Kampung Permatang, di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak dan ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Noh berkata, kezaliman Kerajaan PKR Selangor turut dapat dilihat dalam isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang cuba dirampas hingga menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sepatutnya dibina di tapak berkenaan dipindahkan ke Jasin, Melaka.

No comments:

Post a Comment