Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 9 April 2013

#PRU13:Anwar Mengaku Pembangkang Bergelut Soal Kerusi

Parti-parti dalam pakatan pembangkang terus bergelut mengenai soal kerusi untuk ditandingi ketika tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir.

Tanpa dapat menyembunyikan perkara tersebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Taman Putra, Bukit Baru di sini malam tadi mengakui parti itu berdepan dengan masalah mengenai agihan kerusi.

"Ya ada sedikit sebanyak gaduh-gaduh soal kerusi, itu takpe (tak apa), itu masalah kita," ujarnya ringkas.

Anwar lantas mengalih tumpuan daripada menyentuh masalah dalaman parti-parti dalam pakatan pembangkang apabila terus mengumumkan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Bukit Katil.

Seorang lagi calon PKR, kata Anwar lagi, iaitu seorang pensyarah di Brunei, Rahim Ali pula bertanding di Parlimen Tangga Batu.

Situasi itu cukup menghampakan penyokong Anwar yang rata-rata datang kerana ingin mengetahui nama-nama calon pembangkang yang akan bertanding di Melaka.

Ini kerana mereka terpengaruh dengan jemputan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) yang memaklumkan Anwar akan mengumumkan calon-calon dari DAP, Pas dan PKR dalam ceramah malam tadi.

Terdahulu, calon DAP yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang pada pilihan raya umum 2008, Goh Leong San dengan nada sedih turut mengakui peluangnya untuk bertanding masih belum diputuskan.

Walaupun dia sudah empat penggal bertanding tetapi kedudukannya masih samar-samar walaupun dikatakan akan beralih ke Duyong.

Tanpa orang ramai menyedari, kenyataan ringkas Anwar itu memberi gambaran betapa tahap kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang masih belum utuh kerana sehingga kini masih gagal memuktamadkan nama-nama calon yang akan bertanding.

Sejurus Anwar meninggalkan ceramah, pengunjung terus bergegas pulang walaupun ketika itu masih ada lagi penceramah dari pakatan pembangkang masih belum berceramah.

No comments:

Post a Comment