Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 6 April 2013

#PRU13:Anwar Raja Spin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menamatkan teka tekinya mengenai kononnya akan berpindah kawasan Parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Dalam ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan itu.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

“Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment