Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 4 April 2013

#PRU13:Dun Pulau Piniang Dijangka Bubar Esok #TOLAKPR #BN4MALAYSIA #GE13


Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang dijangka dibubarkan esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 peringkat negeri diadakan serentak bersama pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya Seri Mutiara untuk memohon perkenan bagi pembubaran Dun.

"Dalam mesyuarat (semalam), barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang telah bersetuju dengan saya untuk menerima permintaan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan Dun.

"Ini akan membenarkan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk diadakan secara serentak di peringkat negeri dan juga persekutuan.

"Saya juga telah mencadangkan kepada Yang Dipertua Negeri untuk mempertimbangkan hari esok sebagai tarikh pembubaran," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Guan Eng, oleh kerana beliau terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, akan mengaturkan sidang akhbar di Komtar pada jam 10.30 pagi esok.

No comments:

Post a Comment