Selepas menyatakan hasrat untuk bertanding sampai bila-bila walaupun berkerusi roda, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi beliau masih bernafas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tua yang nyanyuk sehingga mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara. Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap pasal politik.
"Dia tu, siapa dia ajar suruh berhenti. Dia bersara daripada Perdana Menteri tetapi dia merepek seluruh (kawasan) dalam politik, asyik kecek (cakap) politik, apa ini kerja orang tua nyanyuk.
"Saya pegang, selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya menteri besar ke itu masalah kedua tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment