Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 10 April 2013

#PRU13:PAS Terus Gunakan Agama Untuk Pancing Undi

Pemimpin Pas terus mempolitikkan agama untuk meraih undi orang Islam apabila mendakwa kononnya mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah satu ibadah besar dan akan memperoleh pahala.

Dalam satu ceramah di Kampung Permatang di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, pengundi yang memangkah pakatan pembangkang akan mendapat ganjaran daripada Allah.

"Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat.

"Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran," katanya.

"Saya hendak minta rakyat dinaungi pemimpin yang adil dan undang-undang yang telus kerana undang-undang sekarang tidak berdasarkan undang-undang yang adil," dakwanya.

No comments:

Post a Comment