Kisah kekayaan Azmin Ali semasa menjadi pegawai khas Anwar Ibrahim sebagai TPM bukan lagi rahsia. Dan kekayaannya masih lagi tak habis walaupun dah bertahun meninggalkan jawatan tersebut.
Untuk makluman pembaca, bukan tidak pernah kes ini dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Namun siasatan tersebut tidak sampai ke peringkat pendakwaan kerana halangan dari Anwar Ibrahim.
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).
Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam.
Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
No comments:
Post a Comment