Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 7 April 2013

Tujuh Buah Rumah Ranap Dihempap Bongkah Batu

Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini ranap dihempap tiga bongkah batu besar dari kawasan kuari di atas Bukit Kukusan semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung berkata, kesemua mangsa yang cedera di tangan dan kaki dihantar ke Hospital Tawau untuk ra watan.

Setakat ini identiti mereka belum dikenal pasti.

Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung ber kenaan.

Pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 11.43 pagi dan tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan rumah.

Siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu ber kenaan bergolek ke bawah bukit lalu menghempap rumah penduduk selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan untuk memecahkan batu di kuari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Ko misioner Awang Besar Dullah memberitahu, syarikat kuari terlibat sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta-merta dan penduduk dinasihatkan supaya mengo songkan rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment