Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 4 April 2013

Amanat Dr.Mahathir Pada Perhimpunan Selamatkan Selangor #Saveselangor #PRU13

Seramai 20,000 rakyat negeri ini dijangka membanjiri padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 sini bagi menghadiri Perhimpunan Selamatkan Selangor yang menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyampai ucaptama pada program tersebut, Sabtu ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Perkasa Selangor itu bakal menjadi simbol kebangkitan rakyat Selangor dalam memastikan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus dipertingkatkan sekali gus membolehkan usaha merampas semula negeri ini daripada tangan parti pembangkang tercapai.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, pada perhimpunan tersebut, Dr. Mahathir dijangka memberi ucapan yang mempunyai elemen kejutan bagi menyedarkan rakyat negeri ini agar mereka dapat mengukuhkan keyakinan untuk kembali memastikan BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Ini adalah program pertama Perkasa selepas Dewan Rakyat dibubarkan dan merupakan siri akhir jelajah perhimpunan Perkasa di seluruh negara sebelum ini.

"Kita akan membuktikan perhimpunan ini memberikan mesej jelas bahawa rakyat Selangor menunjukkan sokongan padu kepada BN dalam PRU-13,'' katanya kepada Utusan Online di sini semalam.

No comments:

Post a Comment