Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday, 11 April 2013

#PRU13:Calon BN Yang Tidak Terpilih Harus Terima Dengan Fikiran Terbuka-Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka.

Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.

"Kalau betul-betul sayang parti, mereka akan terima dengan fikiran terbuka malah harus sokong parti dan calon ganti itu. Kena ingat dulu mereka menang sebab orang-orang (penyokong) itu juga, jadi kena kembali menyokong calon baharu,” katanya dalam program 'Soal Jawab' yang disiarkan TV3 malam semalam.

Program itu dihoskan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.

Mahathir berkata, penggantian calon perlu dilakukan pada setiap pilihan raya bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk berkhidmat kepada parti.

Mengambil contoh parti UMNO, beliau berkata tindakan memilih orang lama parti untuk bertanding akan menyebabkan ramai orang tidak akan menyertai parti itu.

"Ini menyebabkan UMNO makin lama makin kecil atau diisi oleh orang-orang yang tidak berbakat,” tegasnya.

Beliau juga mengingatkan wakil-wakil rakyat BN yang tidak terpilih harus menyokong parti sebagai tanda membalas budi di atas peluang yang diberikan.

Katanya jika mereka tidak menerima keputusan itu, ia bermakna perjuangan mereka hanya terhad kepada diri sendiri dan bercanggah dengan prinsip perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat.

Mengimbas kembali tindakannya mengundurkan diri semasa berada di puncak, Mahathir berkata, ia perlu dilakukan agar tidak dibenci rakyat kerana terlalu lama memegang jawatan Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai manifesto PRU13, beliau berkata manifesto pembangkang memperlihatkan mereka tidak faham kebenaran dan kenyataan berbanding manifesto BN yang dihasilkan daripada pengalaman mentadbir negara.

No comments:

Post a Comment