Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 5 April 2013

#PRU13:Isu Calon, Pembahagian Kerusi Pembangkang Makin Jadi “Gila”

Pakatan pembangkang makin caca merba dalam kemelut pembahagian kerusi di kalangan mereka sehingga wujud tindakan cantas mencantas antara satu sama lain.

Sambil menyifatkan keadaan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Syahrin Jamaluddin berkata inilah wajah sebenar pembangkang yang saling tidak percaya antara satu sama lain hingga berebut membolot kawasan tertentu.

Menurut beliau hakikat tersebut sekaligus menyerlahkan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak sekata walaupun mempunyai niat serta nawaitu yang sama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Kalau soal ini pun masih berkecamuk, caca merba bagaimana rakyat boleh beri kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan hal-hal lain yang lebih besar.

“Kesimpulannya mudah sahaja….Niat sama tetapi ideologi yang berlainan. Soal asas pun tidak boleh diselesaikan sehingga ke hari ini dan tidak mustahil mereka akan masuk gelanggang pilihan raya dengan langkah serba pincang dan sumbang,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi sehingga ke hari ini juga rakyat boleh melihat bagaimana kecamuknya parti-parti pembangkang apabila tidak ada kenyataan yang konkrit berhubung soal calon.

“Persoalan calon bertindih dan sebagainya menambahkan lagi cerita kemelut pembahagian kerusi antara mereka. Itulah natijahnya apabila berpolitik hanya mengutamakan kepentingan tertentu.” ujarnya.

Memetik laporan media, Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali sekali lagi mengesahkan bahawa Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tersenarai untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Perkara itu sekali gus menolak kenyataan anak Wan Azizah sendiri yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang tidak mempercayai bahawa ibunya itu tidak akan bertanding.

Dan hari ini juga, dilaporkan Pas Wilayah Persekutuan (WP) kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan Pas dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Pas WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Menyorot politik Pas pula, dilaporkan parti itu mengumumkan dua calon bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pada Ahad lalu, dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Felda Raja Alias Empat ini, Pesuruhjaya Pas II negeri, Abd. Rahman Ramli memberitahu media bahawa Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa adalah calon bagi kerusi Parlimen tersebut.

Bagaimanapun pada malam semalam pula, dalam satu majlis di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin akan bertanding di Parlimen yang sama.

No comments:

Post a Comment