Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 5 April 2013

#PRU13:Isu kaliman Allah Terus Dapat Bantahan Umat Islam

Kemarahan umat Islam terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu ternyata belum reda malah semakin meluap.

Di Masjid Seberang Jaya di sini selepas solat Jumaat hari ini, beratus-ratus didakwa penyokong Pas dan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi membantah cadangan tersebut.

Perhimpunan tersebut diketuai oleh Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Menurutnya, bantahan sedemikian akan berterusan selagi cadangan tersebut tidak ditarik balik dan pihak terbabit memohon maaf kepada umat Islam.

"Kalau ada sesiapa yang mendakwa ini merupakan gimik untuk menghadapi pilihan raya umum, mereka silap kerana kita menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sejak 2010.

"Tujuan kita memilih Masjid Jamek Seberang Jaya juga adalah kerana kawasan ini terletak dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu kawasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab dalam isu kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas demonstrasi itu di sini hari ini.

Perasaan marah dan kecewa para peserta demonstrasi itu turut dizahirkan dengan tindakan membakar gambar Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

No comments:

Post a Comment